
Seni Pasir




APA ITU SENI PASIR?
Seni Pasir atau Terapi pasir adalah amalan pemodelan pasir ke dalam bentuk seni. Kanak-kanak boleh menghasilkan sebuah karya seni mereka sendiri menggunakan pasir. Misalnya, kanak-kanak boleh membuat istana pasir.Istana pasir merupakan suatu binaan seni yang umumnya berbentuk bangunan.
Untuk menghasilkan istana pasir bahan utama yang diperlukan ialah pasir dan air , kegiatan ini biasanya dilakukan di tepi pantai kerana bahan yang diperlukan sudah ada di sana. Dalam membuat istana pasir, biasanya memerlukan penyodok dan baldi. Hal ini demikian kerana, kita memerlukan acuan seperti baldi untuk membina bangunan.
Selain itu, seni pasir juga boleh dilakukan di dalam kelas iaitu melalui penggunaan bekas atau dulang yang diisi pasir yang terdapat di luar kelas. Jika tiada pasir untuk melakukan aktiviti seni pasir, kita boleh menghasilkannya sendiri iaitu dengan menggunakan tepung dan minyak. Ini dinamakan sebagai Kinetic Sand.
CLICK DI SINI : CARA MENGHASILKAN KINETIC SAND
Aktiviti ini amatlah digalakkan kerana dapat melatih murid memperkembangkan potensi diri dari aspek kognitif, komunikasi, psikomotor, sosial dan efektif secara menyeluruh sama ada disedari atau tidak. Selain itu aktiviti ini juga merupakan satu terapi yang digunakan bago memperbaiki masalah-masalah yang dihadapi oleh muris bekeperluan khas dari pelbagai perkembangan diri iaitu fizikal, mental, emosi dan sosial. Penggunaan kaedah terapi pasir dalam pendidikan khas merupakan salah satu aktiviti alternatif bagi mencapai dan memenuhi keperluan murid bekeperluan khas mencapai perkembangan menyeluruh diri mereka selaras dengan FPK (Falsafah Pendidikan Khas).
Melalui kajian dan pemerhatian yang dibuat oleh Dora Kalff (1950-1960) berdasarkan apa yang diperkatakan oleh CJ Jung mendapati bahawa, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan yang terpendam ketika aktiviti terapi pasir dijalankan. Pergerakan otot yang diselarikan dengan perasaan ketika melakukan permainan pasir, menyebabkan kanak-kanak lebih fokus dan akhirnya, faktor sebenar kemarahan atau ketegangan dapat diluahkan. Menurut Dora Kalff lagi, aktiviti terapi pasir ini dapat memberi ruang kepada kanak-kanak untuk berekspresi serta meningkatkan daya imeginasi mereka. Berdasarkan hasil kajian aktiviti terapi pasir akan dapat membantu murid mengurus tekanan, meluahkan perasaan, dan secara tidak langsung ia turut membina keyakinan diri murid-murid.


