




SELAMAT DATANG
LUASKAN IMAGINASI
TEROKAI DUNIA DARI PELBAGAI SISI
YAKIN DENGAN KEBOLEHAN DIRI
HIDUP PASTI BERSERI
TEKAN DI SINI
Apa itu Kraf Kanak-kanak ?
Kraf kanak-kanak merujuk kepada aktiviti seni yang dilakukan oleh kanak-kanak. Ia merangkumi aktiviti menggambar, membuat rekaan dan corak , membentuk dan membuat binaan. Aktiviti seni dan kraf yang dilaksanakan untuk kanak-kanak lebih menekankan proses daripada produk.
Selain itu, ia melibatkan penggunaan bahan-bahan yang mudah didapati dan sesuai digunakan untuk kanak-kanak. Aktiviti seni dan kraf kanak-kanak ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengaplikasi kemahiran seni, mengekspresi diri, mengapresiasi seni untuk memperolehi pengalaman estetik dan menyampaikan idea melalui imaginasi dan kreativiti.



Kepentingan
Kraf kanak-kanak
Penghasilan kraf kanak-kanak mempunyai pelbagai tujuan yang penting untuk pembangunan kanak-kanak. Berikut adalah beberapa tujuan yang biasa dalam penghasilan kraf kanak-kanak:

Pembangunan Kemahiran Motor Kasar dan Motor Halus

Peningkatan Kreativiti dan Imejan

Peningkatan Kemahiran Kognitif

Penghargaan dan Kepuasan Diri